Therapi 5 Air Berion

Therapi Kesihatan Dengan 5 Jenis Air Berion      
  
5 jenis air berion (ionized) ialah :

1. Air Kangen (pH 8.5 – pH9.5)
Semua rawatan mesti  minum air Kangen. Mengandungi anti-oksida utk neutralkan radikal bebas , alkali neutralkan asid badan, struktur mikro hexagonal utk detoksi toksin dan hidrasi air, nutrient dan oksigen 6 kali lebih cepat dari air yang bukan mikro hexagonal. Cara guna minum 30ml kali berat badan dlm Kg,  semasa perut kosong.

2. Air Kecantikan pH 5.5
Sebagai toner kulit, mencantikkan kulit dgn pH yang sama dengan pH semulajadi kulit.  Rawatan penyakit kulit seperti jerawat, psoriasis, ekzima dan sebagainya.  Berkumur-kumur. Cara guna basahkan kulit dgn semburkan, tekap dgn kapas, rendam dalam bekas dan sebagainya.
3. Air Anti-Kuman pH 2.5
Anti-septik alami yang mampu membasmi kuman 99.9%. Cuci luka, kudis, kurap,
fungus, jerawat bernanah, psoriasis, ekzima, nafas berbau (berkumur) dan sebagainya. 

4. Air Neutral pH 7.0
Guna semasa mengambil makanan, bancuh susu bayi, ambil obat farmasi dan sebagainya.

5. Air Anti-Minyak pH 11.5
Cuci sayur, buah, daging, kotoran berminyak. 

Manfaat Air Kangen

1.    Air Kangen mengandungi Hidrogen Aktif (anti-oksida, tinggi kandungan eletron) yang tinggi bagi menstabilkan Oksigen Aktif (radikal bebas, kekurangan elektron) dalam badan. Radikal bebas ialah punca pelbagai penyakit dan penuaan.
2.    Air Kangen adalah bersifat mikro. Ia memudahkan sel tubuh menyerap air, zat makanan, oksigen dan membuang toksin dan asid keluar dari sel-sel badan.
3.    Air Kangen membina simpanan alkali dalam saluran darah anda, apabila anda memakan makanan atau minuman asidik, badan anda akan mampu menstabilkannya tanpa menggunakan kalsium dari tulang anda. Ini dapat menjaga tulang anda supaya kuat dan sihat. 

4.     Air Kangen mudah di serap oleh usus anda untuk membuang toksin dari usus anda. Punca pelbagai penyakit ialah usus yang kotor. Usus yang bersih bermula dari meminum Air Kangen.  





Untuk semua makhluk hidup didunia ini, jika mereka memiliki sifat elektronik aktif, maka ia mampu merawat dirinya sendiri dengan cepat dan senang. Ini disebabkan semua organisma hidup, Allah ciptakan dari air dan air adalah rumah kepada bio-elektronik.  


Fungsi Hidrogen Aktif Dalam Tubuh Manusia
Ia cepat sampai ke dalam sel-sel dan mengaktifkan semula DNA sel-sel dan mengaktifkan metabolisma sel-sel.
Ia membawa banyak elektron tambahan yang penting untuk menstabilkan radikal bebas. 
Dengan keupayaan pelarutan yang tinggi, ia mempercepatkan penyampaian zat makanan ke seluruh badan.  
Ia melindungi DNA setiap hari dari bahaya dan kerosakan radikal bebas.  
Mengaktifkan dalam vivo organisma mikro dan membantu menghasilkan pelbagai enzim pembaikan. Ia membantu mengaktifkan “gene” pembaikan dan “gene” penghalang barah.  



Kolesterol

Asid lemak Laktik dan asitik, merendahkan pH cecair badan secara drastik. Apabila darah mengandungi banyak asid lemak ini, pH darah akan turun dan menjadi asidik. Badan kita akan menggunakan mineral bentuk bicarbonat dalam darah supaya darah kita tidak asidik. Jika mineral dalam darah tidak cukup maka badan kita akan mengambil kalsium dari tulang kita. Cara lain untuk menstabilkan asidik badan ialah dengan  memejalkannya, iaitu dalam bentuk kolestrol. Walaupun anda tidak memakan makanan yang berkolestrol, badan anda masih boleh menghasilkan kolestrol untuk menghalang bahaya asid dalam darah anda. Malangnya kolestrol boleh menyumbat saluran darah anda menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, diabitis, strokm barah dan sebagainya. 

Asid Organik

Kristal asid urik yang tidak larut akan berkumpul di sendi-sendi badan menyebabkan masalah gaut dan atristis. Asid asitik, laktik dan kolestrol adalah hasil asid lemak, yang dihasilkan dari kabohidrat berlebihan. Asid Phosphoric menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Badan kita berfungsi dengan pH 7.4 iaitu sedikit alkali. Organ badan kita tidak dapat berfungsi bila badan kita berasidik. Air alkali Kangen akan membantu untuk menstabilkan asid organik dalam badan kita.

"Semua makanan,samada makanan segera atau segar, mahal atau murah, sedap atau tidak .. semuanya menghasilkan bahan buangan asidik yang perlu dibuang oleh sistem badan kita. Cara terbaik ialah dengan membuangnya dengan Air Kangen yang bersifat  anti-oxida, alkali dan mikro.
Berikut gambarajah Asidik dan Alkali makanan dan minuman





Kesan Cecair Badan Berasid Pada Organ Badan.
 Jantung
Jantung adalah organ yg sangat memerlukan keadaan alkali. Saraf vagus berfungsi baik dalam keadaan alkali. Degupan jantung berubah dengan adanya bahan buangan asid yang mengganggu oksigen dalam darah yang akhirnya melemahkan jantung. Sistem alkali menjadikan jantung anda berfungsi dengan baik.

Perut

Masalah saraf vagus boleh juga memberi masalah pada sistem penghadaman.Pelbagai masalah penghadaman seperti sembelit, muntah, cirit birit, senak perut, perut kembung boleh jadi tanda masalah pada saraf vagus dan juga mungkin sindrom hiatus hernia. Hiatus hernia boleh mengurangkan asid hydrochloric dalam perut yg diperlukan untuk penghadaman yang menyebabkan makanan dalam perut menjadi terlalu asidik.

Hati
Hati mempunyai lebih 300 fungsi, termasuk memproses asid toksin dari darah dan menghasilkan pelbagai enzim alkali untuk sistem badan dan hati adalah pertahanan pertama badan anda melawan pelbagai racun dan toksik. Semua zat makanan dari usus akan melalui hati sebelum dihantar ke dalam darah. Bebanan hati akan menjadi lebih berat apabila bahan buangan asid terlalu banyak dalam darah. Jika hati terlalu dibebankan dengan banyak asid protin, maka kematian akan berlaku.

Pankreas
Organ pankreas sangat bergantung pada diet alkali. Pankreas mengawal keasidan dan keseimbangan gula dalam darah. Bagi mengawal keadaan gula dalam darah, anda perlu menjaga tahap alkali badan anda.

Usus Kecil
Enzim chyle dikeluarkan oleh Peyer’s Patches iaitu bahagian atas usus kecil. Enzim chyle ialah bahan alkali yg diperlukan oleh badan. Apabila cecair badan berasid, Peyer’s Patches akan terganggu dan mengganggu penghasilan enzim chyle. Ia juga mengganggu penghasilan cecair limpa.

Buah Pinggang
Buah pinggang orang dewasa memproses 1 liter darah per minit. Buah pinggang menjaga darah supaya beralkali dan membuang bahad berasid. Buah pinggang terlalu dibebankan dengan terlalu banyak bahan asid, maka batu karang akan berlaku dimana ia terdiri dari bahan buangan asid dari sel dan garam mineral yang melekat dalam bahan asid. Oleh itu dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan asid masuk ke dalam badan, anda dapat mengelakkan masalah batu karang.

Kolon (Usus Besar)
Kolon mesti dibersihkan dari timbunan bahan buangan berasid. Racun yang terhasil didinding kolon seperti dalam keadaan cirit birit atau sembelit akan memejal dan diserap semula ke dalam darah. Pembersihan usus hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Anda boleh lakukan dengan meminum Air Kangen.

Sistem Limpa
Terdapat 600-700 kelenjar limpa dalam badan. Cecair limpa membawa nutrisi kepada sel-sel dan membuang bahan buangan asid. Cecair limpa bergerak terbaik bila dalam keadaan alkali. Apabila cecair badan menjadi asidik, pergerakan cecair limpa menjadi lambat menyebabkan pelbagai masalah kronik yang berpanjangan pada kesihatan. Lama ke lamaan, limpa akan kekeringan dan menghasilkan tisu yang melekat dan rosak. Tisu yang melekat ini akan menghalang perjalanan cecair limpa dan juga darah. Menyebabkan lebih banyak asid akan terkumpul. Bahan buangan yg tidak dihadamkan dengan sempurna akan memasuki sistem limpa melalui usus kecil.

Kandungan Elektron Dalam Badan
Bila elektron dalam cecair jumlah nya tinggi maka nilai ORP akan menjadi lebih negatif dan pH akan menjadi lebih alkali. Seperti carta dibawah, Air Kangen mempunyai ORP lebih -380 mV dan lebih pH 8.5. Ini jauh lebih tinggi dari kadar yang diperlukan untuk mematikan sel barah iaitu -80 mV dan pH 8.0. Oleh itu jika anda meminum Air Kangen, anda mampu merawat penyakit barah dengan izin Allah.











No comments:

Post a Comment